Sunday, March 22, 2020

Bekerja, Berkeluarga.... Belajar?

Apabila kita dah meniti satu pengalaman hidup dengan bekerja dan berkeluarga, cuma ada satu perkara yang belum kita capai adalah memiliki ijazah. Semuanya perlukan satu perlukan pengorbanan dan komitmen yang kental. Itulah yang aku lalui. Setelah aku tamatkan Diploma in Business Studies (Sales and Marketing) di Univervisti Malaya dibawah UMCed ( Pengajian Jarak Jauh Universiti Malaya) lebih 10tahun yang lalu. Kini aku sambung pula pengajian ijazah di Universiti Utara Malaysia dibawah  UUMPace pada pertengahan tahun lepas 2019.
Apa pun aku bersyukur dengan keputusan semester pertama yang lepas setelah aku harungi banyak dugaan sebab nak kena mulakan segalanya. Alhamdulillah aku dapat CGPA 3.77 walaupun aku terlalu sibuk dengan kerja dan uruskan keluarga. Semoga dalam semester kedua ini aku dapat kekalkan momentum belajar ini. Tips? Hmm.. Mula-mula aku nak sambung dulu aku cuma niat aku nak sambung belajar kerana Allah Taala. Maka dengan itu aku betul2 dispilin, letak komitmen dan aku bersungguh-sungguh untuk belajar. Aku yakin Allah Taala akan bantu aku kerana aku tak putus-putus berdoa supaya aku dapat habiskan ijazah ini dengan sempurna. Terima kasih pada keluarga aku kerana memahami dan banyak membantuku.
Kita sambung lagi pada coretan yang akan datang.

Saifulnizam
Gombak

No comments:

Post a Comment

Membaca Menghindari Alzheimer

Istilah Alzheimer yang selalu kita dengar mesti anda semua adalah nyanyuk semata-mata.. Kondisi ini umumnya dialami oleh orang-orang la...